Thursday, April 15, 2010

KONSEP NEGARA ISLAM

PENDAHULUAN

Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam
perkara Fardu Kifayah.

DEFINISI NEGARA ISLAM

Setelah dikaji dan diteliti, Al-Quran mahupun Hadis tidak menyentuh mengenai Negara Islam secara spesifik akan penggunaannya. oleh itu, terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh para ilmuwan Islam mengenai istilah Negara Islam.

Menurut Abu Ala al-Maududi yang merupakan tokoh yang bergiat aktif dalam kebangkitan Islam selepas tahun 1924 melalui penulisan-penulisannya, beliau mentakrifkan Negara Islam sebagai negara yang kuasa mutlaknya terletak pada Allah s.w.t yang menentukan syariat dan syariat tersebut hanya dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Di sini jelaslah bahawa sebuah negara Islam berkongsi kuasa pemerintahannya bersama dengan Allah s.w.t yang mana autoriti mutlaknya kepada Allah s.w.t dan manusia diberikan autoriti yang terbatas dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui syarak.

Menurut Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini, negara Islam merupakan negara berpelembagaan yang ditentukan dan ditafsirkan oleh parlimen. Adapun begitu, perundanganya terikat pada al-Quran dan Hadis.

Adapun Abu Zahrah, beliau membawa pandangan ulama terkenal terlebih dahulu untu menentukan definisi sesebuah negara Islam. Beliau telah membezakan antara pendapat Imam Abu Hanifa dan Abu Yusuf. Menurut Imam Abu Hanifah, untuk menentukan sama ada negra tersebut sebuah negara Islam atau tidak lihat kepada masyarakat yang tinggal dalam negara tersebut, jika terdapat majoriti orang muslim serta golongan dhimmi walaupun nagara tersebut tidak mengamalkan undang-undang Islam maka negara tersebut boleh dikategorikan sebagai sebauah negara Islam. Manakala menurut Abu Yusuf, beliau berpandangn bahawa negara Islam merupakan sebuah negara yang meletakkan syariah sebagai asas utama penetapan undang-undang negara jika tidak ia bukanlah negara Islam. Secara kessimpulannya, Abu Zahrah berpendapat bahawa pendapat Abu Hanifah lebih realistik dan sesuai pada masa kini dan akan datang, akan tetapi beliau mengharap supaya undang-undang Islam yang bersumberkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias dapat dilaksanakan.

KEPERLUAN NEGARA ISLAM

Setelah dijelaskan definisi negara Islam, cuba kita telusuri apakah antara keperluan yang diperlukan oleh sebuah negara Islam.

1) Ketua Negara Islam

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud negara ialah suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Jelaslah di sini, sebuah negara Islam memerlukan pemimpin. Allah s.w.t telah mengiktiraf kepimpinan manusia sebagai satu amanah di atas muka bumi. Pemimpin Negara Islam dipanggil dengan berbagai gelaran seperti Khalifah Amir al- Mu’minin dan Imam. seperti firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 30;

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ

Maksudnya:-
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. "

Keperluan kepada Ketua Negara Islam adalah suatu yang tidak dapat dinafikan dan ia merupakan satu tuntutan hukum yang mesti dilaksanakan oleh umat terhadap pemilihannya. Secara umumnya syarat yang perlu ada pada seorang Ketua Negara Islam ialah berakal, baligh, lelaki, Islam, merdeka, adil serta mempunyai ilmu siasah syariyyah.

2) Prinsip-prisip Negara Islam

Seperti yang telah dipelajari dari sejarah pemerintahan Rasulullah s.a.w sehinggalah zaman Khulafa al-Rashidin dapatlah disimpulkan bahawa Negara Islam ditegakkan di atas empat prinsip asas yang penting iaitu:-

a) Menyeru Manusia Kepada Kesaan Allah s.w.t

Undang-undang Islam ialah undang-undang Allah s.w.t yang cuma dilaksanakan dan direalisasikan oleh manusia. oleh itu tiada siapa yang berhak untuk menukar mahupun mengubahnya. jika diteliti dengan sedalam-dalamnya sudah tentu manusia dapat melihat kewujudan kemaslahatan yang sangat besar kepada manusia seluruhnya. Sebagai contoh dalam masalah kecurian, hukuman yang ditetapkan ialah hukuman potong tangan seperti yang disebut oleh Allah s.w.t di dalam surah al-Maidah ayat 38:

وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقۡطَعُوٓاْ أَيۡدِيَهُمَا جَزَآءَۢ بِمَا كَسَبَا نَكَـٰلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

Maksudnya:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Jika diperhatikan akan tujuan hukuman ini, sudah tentu ia memberi kemaslahatan yang besar kepada manusia seluruhnya iaitu sudah tentu manusia lain akan mengambil iktibar dari hukuman tersebut. Akan tetapi perlulah diingatkan bahawa hukuman yang ditetapkan oleh Allah s.w.t mempunyai syarat dan nisbah tertentu sebelum dijatuhkan hukuman.

b) Prinsip Keadilan

Adil dari sudut istilah bahasa Arab yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempat yang betul. Semenjak zaman pemerintahan rasulullah s.a.w lagi, baginda sentiasa bersikap adil pada orang Muslim mahupun Non-Muslim contohnya peruntukan yang tedapat pada Piagam Madinah, menjelaskan bagaimana baginda menyusun undang-undang selari dengan kehendak masyarakat Muslim dan Non-Muslim pada masa itu dalam menjaga kebajikan mereka bersama. Seperti Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nahl ayat 90:

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ وَإِيتَآىِٕ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَيَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنڪَرِ وَٱلۡبَغۡىِ‌ۚ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّڪُمۡ تَذَكَّرُون

Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya."

c) Prinsip Syura

Prinsip syura merupakan satu sistem daripada Allah s.w.t untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan umat manusia. Seperti firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat 159:

فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ

Maksudnya:
"dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

d) Kebebasan

Kebebasan merupakan sifat yang dikehendaki oleh setiap individu. Oleh iti kita dapati kebanyakkan perundangan negara mengamalkan sistem demokrasi memperuntukkan jaminan hak kebebasan individu dan masyarakat di mana rakyat bebas beragama, bersura dan memberi pendapat selagi mana tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh perundangan. Seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Mulk ayat 15:

هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولاً۬ فَٱمۡشُواْ فِى مَنَاكِبِہَا وَكُلُواْ مِن رِّزۡقِهِۦ‌ۖ وَإِلَيۡهِ ٱلنُّشُورُ

Maksudnya:
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."

Perlulah diingatkan kebebasan yang diberikan mempunyai had-had tertentu iaitu selagi tidak melanggar batasan syarak dan tidak menyebabkan kemudharatan kepada pihak lain. Kebebsab yang diberikan hendaklah berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

e) Persamaan

Semenjak dari permulaan kedatangan Islam, prinsip persamaan ini ditonjolkan dan dipratikkan di kalangan umat Islam ketika itu. Rasulullah s.a.w telah cuba menangkis perasaan perkauman yang wujud disebabkan oleh perbezaan warna kulit, baangsa, pangkat dan sebagainya. Baginda telah mendidik jiwa dan hati umat Islam ketika itu supaya tunduk dan patuh hanya kepada peraturan Allah s.w.t sahaja sehingga membawa kepada kesatuaan ummah yang utuh dan kukuh tanpa mengira suku kaum dan nilai-nilai kebendaan. Seperti firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat 103:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

Maksudnya:
" Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya"

Perlulah diingat yang membezakan sesama manusia adalah ketakwaan dan tahap keimanannya kepada Allah s.w.t.

PENUTUP

Setelah dibincangkan mengenai konsep Negara Islam dapatlah disimpulkan di sini bahawasanya menjadikan sesebuah negara itu Negara Islam merupakan kewajipan kepada setiap rakyat dan pemimpin. Untuk menjadikan sesebuah negara itu Negara Islam pemimpin Islam perlulah mempunyai kesedaran terhadap syariah Islam dan beistiqamah dan beriltizam menjadikan perundangan Islam sebagai sumber perudangan tertinggi kerajaan.

Thursday, April 1, 2010

SENI KOMUNIKASI DAN PERTEMUAN


1. PENDAHULUAN

Dakwah adalah seruan atau ajakan kepada keinsafan atau usaha mengubah situasi yang buruk kepada situasi yang lebih baik dan sempurna, baik terhadap individu mahupun masyarakat. Seperti firman Allah s.w.t di dalam surah Ali Imran ayat 104:-

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٠٤)

Maksudnya:-
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (104)

Penglibatan dakwah bukan sekadar usaha peningkatan pemahaman keagamaan dalam tingkah laku semata-mata, tetapi juga menuju sasaran yang lebih luas. Apalagi pada masa sekarang ini, dakwah harus lebih berperanan menuju kepada pelaksanaan ajaran Islam secara lebih menyeluruh dalam berbagai aspek kehidupan moden masa kini sama ada dari sudut akidah, syariah dan akhlak. Al-Quran al-Karim merupakan panduan berdakwah yang mencakupi keseluruhan permasalahan berkaitan unsur dakwah, seperti da’i (Pendakwah), mad’uw (Penerima dakwah), dan segala perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur dakwah.

Terdapat pelbagai metod yang telah dikemukakan dan dipraktikkan oleh para da’i dalam menyampaikan dakwah, seperti ceramah, diskusi, bimbingan, nasihat yang berguna dan berhikmah dan melalui contoh-contoh akhlak dan perlakuan yang baik ditonjolkan oleh da’i kepada mad’u. Jika diteliti kepada setiap metod ini, keperluan yang paling diutamakan dalam menyampaikan dakwah adalah cara bagaimana seseorang da’i berkomunikasi dengan mad’u serta bagaimana cara para da’i melaukan pertemuan dengan mad’u sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti dakwah. Dalam al-Quran ada menyebut mengenai cara berdakwah yang seharusnya digunapakai oleh para pendakwa. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nahl ayat 125:-

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ (١٢٥)

Maksudnya:-
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (125)


Kertas kerja ini membincangkan persoalan seni komunikasi dan kemahiran bertemu dengan orang lain dalam konteks dakwah yang sewajarnya diamalkan oleh para da’i.


2. SENI DAKWAH

Seperti yang diketahui umum, dakwah ialah usaha membawa manusia ke jalan Allah dengan cara-cara tertentu. Oleh itu, dapatlah dirungkai di sini bahawa terdapat tiga perkara asas berkaitan dakwah iaitu:-

1) Perhubungan antara pendakwah dan sasaran.
2) Pengajaran yang disampaikan melalui hubungan tersebut.
3) Matode yang digunakan dalam penyampaian pengajaran.
Sebenarnya setiap metode dakwah yang digunapakai oleh para pendakwah meliputi strategi, taktik dan teknik yang khusus dalam berdakwah.

Penerapan teori-teori komunikasi dalam dakwah memberi faedah sebagai satu strategi yang lembut dan halus, tetapi tajam supaya Islam dapat disampaikan dengan lebih berkesan.


2.1 Pengertian Komunikasi

Seperti yang diketahui umum, komunikasi merupakan nadi yang bertanggungjawab dalam menghidupkan perjalanan sesebuah organisasi contohnya organisasi dakwah. Komunikasi dalam penggunaan biasa bermaksud perhubungan atau sesuatu perkara yang disampaikan. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, komunikasi ialah pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat.

Menurut Dr. Teuku Iskandar, komunikasi dalam bahasa Melayu ialah perhubungan secara langsung atau tidak langsung. Secara ringkasnya komunikasi merupakan beerti penyampaian maklumat daripada satu pihak kepada pihak yang lain.

Komunikasi terdiri daripada enam komponen utama iaitu:-

1) Sumber maklumat atau penyampai.
2) Penerima maklumat.
3) Maklumat yang disampaikan.
4) Saluran.
5) Ganguan.
6) Tujuan.


2.2 Proses Komunikasi

Antara proses-proses komunikasi ialah:-

1) Pengirim maklumat.

Merupakan individu yang mencetuskan idea untuk melakukan aktiviti komunikasi dengan pihak lain. Pengirim maklumat akan menterjemah maklumat serta memahami maksud maklumat yang dihantar kepada penerima. Pengirim juga akan menggunakan kaedah penyampaian maklumat yang dapat memudahkan penerima memahami maksud disebalik maklumat yang disampaikan kepada penerima contohnya dengan menggunakan gerakkan tubuh badan.

2) Enkod.

Penghantar akan mentafsir mesej yang akan disampaikan kepada penerima kepada bentuk yang mudah ditafsir dan difahami oleh penerima.

3) Maklumat yang hendak disampaikan.

Merupakan mesej yang akan disampaikan secara lisan iaitu percakapan atau secara bukan lisan iaitu dengan menggunakan bahan perantaraan dalam menghantar mesej contohnya menggunakan media cetak mahupun menggunakan media massa.

4) Penerima maklumat.

Merupakan individu yang menerima maklumat daripada pengirim maklumat. Penerima maklumat berperanan menafsir, memahami makna dan tujuan mesej dihantar. Di samping itu, penerima mesej akan berfikir sama ada perlu atau tidak bertindak balas terhadap mesej yang diterima.




5) Dekod.

Mesej yang disampaikan akan ditafsir dan diterjemahkan kepda bentuk yang dapat difahami oleh penerima maklumat.

6) Maklum balas.

Tindak balas yang dihantar oleh penerima setelah menerima maklumat daripda penghantar maklumat setelah mentafsir dan memahami mesej yang disampikan.

7) Gangguan

Perkara yang mengganggu proses komunikasi sama ada yang berbentuk dalaman mahupun luaran.


2.3 Prinsip Komunikasi

Terdapat tiga prinsip komunikasi iaitu:-

1) Melibatkan sekurang-kurangnya dua orang individu.

2) Tidak semestinya proses percakapan semata-mata tetapi ia melibatkan asas proses penghantaran dan penerimaan maklumat.

3) Merupakan perkara yang tidak dapat dikawal seperti perubahan budaya.


2.4 Jenis-jenis Komunikasi

Terdapat dua jenis komunikasi iaitu:-

1) Komunikasi secara lisan

Merupakan satu bentuk hubungan antara pengujar dan pendengar. Berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Komunikasi ini memerlukan kemahiran bertutur dan mendengar. Contohnya guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara bertutur. Guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan murid sebagi pendegar dan penerima.

Aspek yang penting ialah intonasi suara, kelancaran ucapan dan sebutan yang betul. Komunikasi ini hanya berkesan apabila maklumat atau idea diterima oleh penerima dengan jelas, kuat dan lantang. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Perkataan-perkataan yang digunakan perlu ringkas dan mudah difahami oleh penerima.

2) komunikasi secara bukan lisan

Antara contoh komunikasi secara bukan lisan ialah berkomunikasi dengan menggunakan anggota badan atau secara bertulis. Komunikasi secara bukan lisan berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan serta kandungan yang disampaikan boleh menunjukkan maksud yang tersirat.


2.5 Faktor Komunikasi

Komunikasi merupakan suatu faktor yang penting bagi perkembangan hidup manusia sebagai makhluk sosial. Tanpa mengadakan aktiviti komunikasi individu manusia tidak mungkin dapat berkembang dari pelbagai sudut. Antara faktor komunikasi ialah:-


1) Faktor bahasa.

Bahasa merupakan salah agen komunikasi. Bahasa merupakan aspek komunikasi antara individu yang membawa kepada pengertian yang besar dalam kehidupan sosial.

Setiap bahasa yang digunapakai mempunyai tatabahasa tertentu supaya dapat memberi maksud yang dapat difahami oleh setiap individu atau kelompok yang mendengar mahupun yang membaca. Di samping itu, teknik berbahasa degan tepat mengikut keadaan dan masa tertentu dapat mengawal serta mengendali tindakan individu. Sebagai contoh, seorang muazzin melaungkan azan menggunakan kalimaah bahasa Arab ‘ Allahu akbar’ secara tidak langsung telah menarik hati para jemaah solat menunaikan solat di masjid. Di sinilah terletaknya kekuatan bahasa dan kata-kata.

2) Peranan dan tanggapan.

Setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi mempunyai pelbagai peranan dalam kehidupan mereka. Begitu juga setiap manusia berhak untuk mempunyai pelbagai tanggapan mahupun pendapat terhadap sesuatu perkara. Peranan merupakan agen penting dalam berkomunikasi. Contohnya, peranan pemimpin negara ataupun organisasi mampu memberi impak sama ada positif atau negatif kepada pengikut-pengikutnya melalui proses komunikasi.


2.6 Memahami Komunikasi Islam

Dari sudut agama, Islam merupakan salah satu agama yang bersifat mission iaitu mengarah setiap penganutnya supaya berterusan menyebarkan mesej sama ada kepada setiap masyarakat sama ada muslim ataupun non-muslim. Setiap individu muslim dianggap sebagai da’i di mana diwajibkan menyampaikan mesej agama mengikut kadar keupayaan masing-masing. Tanggungjawab ini selari dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 263;

قَوۡلٌ۬ مَّعۡرُوفٌ۬ وَمَغۡفِرَةٌ خَيۡرٌ۬ مِّن صَدَقَةٍ۬ يَتۡبَعُهَآ أَذً۬ى‌ۗ وَٱللَّهُ غَنِىٌّ حَلِيمٌ۬ (٢٦٣)

Maksudnya:-
perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (263)


Firman Allah .s.w.t di dalam surah yang lain berkaitan perkara ini, surah al-Nahl ayat 125;

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ (١٢٥)

Maksudnya:-
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (125)


Definisi komunikasi Islam menurut Mahyuddin Abd. Halim, ialah proses membekalkan khalayak dengan hakikat kebenaran agama Islam yang berterusan berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah bertujuan menyedaarkan masyarakat umum hakikat kebenaran agama memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam aspek akidah,ibadah dan muamalah. Dalam Islam terdapat dua bentuk hubungan komunikasi iaitu habl min Allah (hubungan dengan Allah s.w.t) dan habl min al-nas (hubungan sesama manusia). Allah s.w.t telah menetapkan cara komunikasi antara hamba-hamba denganNya melalui ibadah-ibadah fardhu seperti menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Tujuan hubungan komunikasi dengan Allah s.w.t adalah untuk membentuk takwa supaya setiap individu sedar yang perilaku mereka sentiasa diperhatikan.

Selain menjaga hubungan dengan Allah s.w.t, Islam juga menekankan hubungan sesama manusia perlu diwujudkan supaya lahir hubungan sosial yang disebut muamalah. Hubungan sesama manusia berlaku dalam setiap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kedua-dua hubungan ini perlu ada supaya setiap individu muslim boleh meneruskan kehidupan dalam keadaan seimbang dari segi jasmani dan rohani.

Muhammad Fathi Ali Syair, telah menggariskan empat perkara yang menjadi asas komunikasi Islam antaranya ialah menegakkan kebenaran, bersifat realiti, bersifat anjal dan bersifat kesempurnaan.


2.7 Model Komunikasi Antara Individu Dalam Islam

Model komunikasi antara individu berpandukan ajaran Islam telah diperkenalkan oleh beberapa intelektual muslim. Antaranya ialah Muhammad A. Siddiqui.

Menurut Muhammad A. Siddiqui, al-Quran telah menyediakan panduan bagaimana mewujudkan hubungan komunikasi antara individu iaitu dalam pertukaran idea, nilai dan sikap. Penekanan yang perlu diberi kepada proses komunikasi iaitu sumber mestilah bersifat jujur, amanh dan bertanggungjawab. Manakala mesej, saluran, sasaran dan kesan ditentukan beberapa kreteria asas. Sasaran contohnya mestilah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Begitu juga dengan kesan komunikasi mestilah untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.


2.8 Komunikasi Dakwah

Maksud dakwah dari segi bahasa menurut Toha Yahya Umar ialah ‘ ajakan’, ‘ seruan’ ‘panggilan’ dan ‘ undangan’. Menurut Hamzah Ya’kub dakwah dari segi bahasa ialah ‘ mengajak’, ‘ menyeru’ dan ‘ memanggil’. Tiada perbezaan antara kedua-dua maksud dakwah dari segi bahasa.

Dakwah dari segi istilah menurut menurut Dr. Yusof al-Qardawi, mendorong manusia agar melakukan kebaikan dan melarang daripada melakukan pekara munkar serta mengikut petunjuk agama, agar manusia mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Menurut Dr. Rauf Shalabi, dakwah Islamiah ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada keadaan iman, daripada kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang di dunia dan akhirat.

Jelaslah daripada kedua-dua pengertian dakwah ini, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu dakwah ialah usaha yang dilakukan oleh individu atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kejalan yang diredai Allah s.w.t.

Manakala maksud seni komunikasi menurut Abdul Karim Zaidan ialah seni menggunakan bahasa untuk menghasilkan kesan yang diingini oleh pendengar dan pembaca.

Jika dilihat kepada dasar-dasar umum dalam ilmu komunikasi dan dasar-dasar umum dalam ilmu dakwah terdapat hubungan yang rapat antara kedua-duanya. Perkara yang membezakan ialah pada maklumat dan tujuan antara komunikasi dan dakwah.
Sebenarnya komunikasi dakwah bukan sekadar percakapan atau penyampaian semata-mata bahkan ia melibatkan gabungan antara seni percakapan dan ilmu pengetahuan tertentu untuk menyakinkan pendengar melalui pendekatan dakwah yang telah digarapkan dan diajar kepada setiap pendakwah.

Jika dikaji semula, metod komunikasi dakwah ini telah wujud semenjak manusia dihidupkan di muka bumi ini kerana di situ telah wujud interaksi antara mereka.

2.9 Keistimewaan Komunikasi Dakwah

Komunikasi dakwah adalah satu bentuk komunikasi yang istemewa kerana ia:-

1) Mengemukakan perkara hak dan kebenaran. Seperti firman Allah s.w.t di dalam surah al-Isra’ ayat 105:-

وَبِٱلۡحَقِّ أَنزَلۡنَـٰهُ وَبِٱلۡحَقِّ نَزَلَ‌ۗ وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا مُبَشِّرً۬ا وَنَذِيرً۬ا (١٠٥)

Maksudnya:-
Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).


Ayat ini menjelaskan bahawa tujuan hubungan dalam Islam ialah menyampaikan perkara hak dan benar yang berkaitan hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t serta hubungan antara manusia sesama manusia.


2) Uslub dakwah Islam yang indah dan jelas.

3) Persembahan dan penyampaian yang tepat pada tempat, keadaan serta waktunya berdasarkan uslub tertentu.

4) Berlandaskan akhlak yang tinggi berdasarkan nilai-nilai Islam.

5) Bersifat menyeluruh iaitu berkaitan hal-hal yang menjadi keperluan hidup manusia.

6) Mempunyai matlamat yang mulia iaitu membawa keseluruhan umat manusia ke jalan yang diredai Allah s.w.t.

Jelaslah di sini, betapa murninya komunikasi dakwah kerana ia mementingkan kebenaran untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia sejagat. Berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diperincikan di atas, bahawa dakwah Islamiyyah seharusnya menggunakan kemudahan-kemudahan dan teori-teori ilmu komunikasi yang tidak bercanggah dengan Islam untuk membina satu metod daakwah yang mantap dan berkesan.


3. KEMAHIRAN BERTEMU DENGAN ORANG LAIN DALAM KONTEKS DAKWAH

Pertemuan adalah satu wasilah perhubungan di antara seorang individu dengan individu lain atau seorang individu dengan manusia lain. Ia merupakan perkara semulajadi dalam kehidupan manusia yang hidup dalam bermasyarakat. Dalam konteks dakwah, pertemuan merupakan langkah pertama dalam berdakwah dan akan memberi kesan yang sangat besar untuk mencapai kejayaan dalam berdakwah. Oleh itu kemahiran berkomunikasi dalam pertemuan adalah sangat penting dalam konteks berdakwah.

Pentingnya sesuatu pertemuan kerana Allah telah disebut dalam hadith Rasulullah SAW di mana salah satu golongan yang akan selamat dari kepanasan di Padang Mahsyar atau segolongan manusia yang akan mendapat naungan Arasy di akhirat kelak ialah segolongan manusia yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
"سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلا ظِلُّهُ :الإِمَامُ الْعَادِلُ ، وَشَابٌّ نَشَأ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ ،وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ،وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ"
)متفق عليه.(
Maksudnya:
Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya, iaitu:1. Imam (pemimpin) yang adil.2. Pemuda yang hidup dalam beribadah kepada Allah. 3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya.5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil melinangkan airmatanya.


3.1 Jenis Pertemuan

Pertemuan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

1) Pertemuan Yang Tidak Berulang

Pertemuan ini sentiasa berlaku dalam kehidupan masyarakat manusia. Contohnya pertemuan di dalam kenderaan awam, pasaraya, pusat rekreasi, kenduri dan tempat-tempat awam yang lain. Dalam konteks dakwah pertemuan seumpama ini perlu meninggalkan tanda ingatan atau kesan yang baik dalam ingatan madcu.

Di samping itu terdapat juga pertemuan yang berlaku hanya sekali tetapi pertemuan tersebut berlaku dalam tempoh yang lama seperti pertemuan dalam program, kursus, latihan dan sebagainya yang mempunyai masa yang lebih lama untuk saling berinteraksi antara satu sama lain. Pertemuan seumpama ini memberi peluang yang lebih banyak untuk lebih mengenali madcu dan berdakwah sesuai dengan keperluan mereka.

2) Pertemuan Yang Berulang Kali

Pertemuan ini melibat proses sosialisasi dalam kehidupan manusia. Contohnya seperti pertemuan dengan ahli keluarga, saudara mara, rakan, jiran dan komuniti masyarakat setempat. Dalam konteks dakwah, pertemuan yang berlaku berulang kali ini memerlukan pendekatan yang tertentu untuk menambat, mengambil hati dan kepercayaan madcu. Justeru, daci perlu persediaan ilmu Islam yang mantap sebagai tempat rujukan mereka, memiliki akhlak dan tingkah laku yang mulia, muamalah yang baik, memelihara hubungan yang baik dengan Allah dan dengan manusia dan persiapan ilmu psikologi dan sebagainya yang boleh membantunya untuk berdakwah dengan lebih berkesan.


3.2 Kepentingan Kemahiran Komunikasi Pertemuan

Kemahiran berkomunikasi sama ada secara lisan atau tindakan dalam pertemuan sangat penting di dalam penyampaian dakwah. Antara kepentingan kemahiran ini di dalam dakwah ialah:

1) Gambaran Awal Yang Baik (First Empression)

Kemahiran berkomunikasi di dalam pertemuan dapat menunjukkan kebaikan dan keindahan agama Islam yang dipraktikan oleh daci. Para madcu akan melihat dan seterusnya menilai tingkah laku para daci. Oleh itu, kemahiran komunikasi di dalam pertemuan ini memberi gambaran awal yang baik untuk madcu lebih mengenali Islam dengan lebih mendalam. Sekiranya gambaran awal yang diterima adalah sebaliknya, maka madcu akan merasa tidak berminat malah boleh mempertikaikan ajaran Islam yang diamalkan oleh daci.

2) Metod Untuk Menarik Perhatian Madcu Untuk Menerima Dakwah

Antara metod untuk menarik perhatian madcu ialah persembahan yang baik. Oleh itu, kemahiran dalam pertemuan boleh menjadi persembahan awal yang baik dalam memulakan tugas dakwah. Persembahan awal yang baik boleh menarik minat dan perhatian madcu untuk mendekati atau mengenal Islam dan seterusnya menerima Islam sebagai pegangan dan cara hidupnya.

3) Meningkatkan Motivasi Madcu

Hasil pertemuan yang baik akan menjadi ingatan yang manis dan terkesan di dalam jiwa madcu. Pengaruh daci akan bermain dalam ingatan madcu dan peribadi daci boleh menjadi role model atau idola kepada madcu dan seterusnya memberi keinginan kepada madcu untuk turut serta mengikut apa yang diamalkan oleh daci.


4) Strategi Awal Dakwah

Kemahiran dalam menghasilkan pertemuan yang baik merupakan strategi awal dalam meyampaikan dakwah. Dalam pertemuan yang berlaku daci boleh mendapatkan maklumat-maklumat untuk mengenali madcu, mengetahui latar belakang keluarga, pendidikan, pekerjaan, world view, pendapat dan sebagainya yang seterusnya boleh membuat strategi dan pendekatan yang bersesuaian untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.


3.3 Metod Dakwah Dalam Majlis Pertemuan

Metod dakwah dalam sesuatu pertemuan sangat penting untuk kesenambungan dakwah Islam yang seterusnya. Justeru para daci perlu mengambil berat pendekatan dakwah dalam sesuatu pertemuan yang agar madcu tertarik untuk lebih mendekati Islam. Antaranya:

1) Bermanis Muka

Dalam sebarang pertemuan seorang daci perlu menunjukkan muka yang manis agar madcu merasa senang hati dan selesa bila bersama. Sekiranya daci bermuka masam ia boleh menyebabkan madcu terasa hati atau rasa tidak selesa untuk bersama, keadaan ini bukan sahaja boleh menjauhkan madcu dari daci tetapi juga boleh memberi impak yang negatif kepada kelansung dakwah dan Islam.

Allah SWT pernah membuat teguran kepada Rasulullah SAW yang bermasam muka ketika didatangai oleh seorang lelaki buta. Firman Allah SWT dalam surah A’basa ayat 1 hingga 11:

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ (١) أَن جَآءَهُ ٱلۡأَعۡمَىٰ (٢) وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّهُ ۥ يَزَّكَّىٰٓ (٣) أَوۡ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكۡرَىٰٓ (٤) أَمَّا مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ (٥) فَأَنتَ لَهُ ۥ تَصَدَّىٰ (٦) وَمَا عَلَيۡكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ (٧) وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسۡعَىٰ (٨) وَهُوَ يَخۡشَىٰ (٩) فَأَنتَ عَنۡهُ تَلَهَّىٰ (١٠) كَلَّآ إِنَّہَا تَذۡكِرَةٌ۬ (١١)
Maksudnya:
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya.Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya.adapun orang yang mersa dirinya serba cukup. Maka kamu melayaninya. Pada hal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran) Sedang ia takut kepada (Allah). Maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan.”


Di samping itu, untuk menunjukkan wajah yang manis supaya mudah mendekati madcu pendakwah perlu selalu memberi senyuman yang sewajarnya kerana senyuman mampu menarik atau menambat hati mereka.

2) Memberi Salam

Antara kaedah untuk mendekati madcu yang telah ditunjukkan dalam sunnah Rasulullah SAW ialah dengan memberi salam di kalangan sesama Islam. Antara kelebihan salam ialah sunat bagi yang menyampaikannya dan wajib menjawab bagi yang mendengarnya merupakan satu bentuk komunikasi dua hala yang telah diperkenalkan dalam Islam.

Di samping itu, memberi salam merupakan satu mekanisma yang dapat menjalinkan kasih sayang dan ukhuwwah Islam sesama muslim yang sangat digalakkan dalam Islam. Firman Allah SWT:

فَإِذَا دَخَلۡتُم بُيُوتً۬ا فَسَلِّمُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ تَحِيَّةً۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُبَـٰرَڪَةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۚ ڪَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ لَعَلَّڪُمۡ تَعۡقِلُونَ (٦١)

Maksudnya:
Maka apabila kamu memasuki (sesuatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang bererti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya.

An-Nur 24:6

Galakan memberi salam terdapat dalam hadith Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW:
“أفشوا السلام بينكم”
Maksudnya:
Sebarkanlah salam di kalangan kamu.


Dalam masyarakat Melayu hari ini, memberi salam adalah ucapan yang telah menjadi kebiasaan dituturkan ketika di awal dan akhir sesebuah pertemuan. Sesuai dengan tuntutan Islam, memberi salam boleh menjadi muqaddimah dalam pertemuan dan seterusnya boleh diikuti dengan taaruf atau perbualan. Justeru para daci perlu membiasakan diri untuk mengucapkan salam kepada sesiapa yang ditemui.

3) Taaruf

Pertemuan merupakan permulaan hubungan antara manusia. Oleh itu, sesuatu pertemuan khususnya yang berulang sebaiknya disertakan dengan taaruf. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣)
Maksudnya:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal”


Bermula dengan taaruf inilah, daci dapat mengenal madcu dengan lebih dekat dan seterusnya boleh mengatur strategi dan pendekatan yang sesuai untuk menyampaikan dakwah kepadanya.

4) Lemah Lembut

Berlemah lembut dalam pertuturan dan tingkah laku dalam sesebuah pertemuan akan menarik minat madcu untuk mendekati atau senang didekati. Menurut Ab. Aziz Mohd Zin 1999, antara bentuk penyampaian dakwah yang baik ialah dengan cara yang lembut, kerana lembut itu biasanya boleh menghilangkan kekasaran dan kesombongan dan ia boleh membuka pintu hati madcu.

Di dalam al-Quran, tersebut kisah bagaimana Allah SWT telah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun supaya pergi menemui Firaun untuk menyampaikan dakwah dengan cara yang lembut. Firman Allah dalam surah Toha 43 hingga 44:

ٱذۡهَبَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُ ۥ طَغَىٰ (٤٣) فَقُولَا لَهُ ۥ قَوۡلاً۬ لَّيِّنً۬ا لَّعَلَّهُ ۥ يَتَذَكَّرُ أَوۡ يَخۡشَىٰ (٤٤)
Maksudnya:
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat dan takut.”


Seterusnya Allah SWT telah merakamkan sifat lemah lembut Rasulullah di dalam menyampaikan dakwah di dalam al-Quran. Firman Allah surah Ali cImran ayat 159 :


فَبِمَا رَحۡمَةٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡ‌ۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَ‌ۖ فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ (١٥٩)

Maksudnya:
“Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu…”


Sabda Rasulullah SAW:
المؤمن مألف ولا خير فيمن لا يألف ولا يؤلف

Tingkah laku dan percakapan yang lemah lembut akan memikat dan menambat hati madcu. Mereka juga akan merasa selesa dan selamat bersama daci. Keadaan ini, membolehkan daci menyampaikan dakwah dengan baik dan mudah diterima oleh madcu
5) Mesra Dan Tidak Menakutkan

Salah satu kemahiran berkomunikasi ketika bertemu ialah bersikap mesra dan tidak menakutkan madcu. Bersifat mesra dan ramah akan menjadikan daci mudah didampingi dan menjadikan madcu merasa gembira dan senang hati apabila berkomunikasi. Di samping itu, daci tidak seharusnya menunjukkan penampilan, perwatakan, sikap, percakapan, pemakaian, tingkah laku dan sebagainya yang boleh menakutkan madcu. Keadaan ini akan menyebabkan madcu menjauhkan diri dari daci.

Antara perkara yang boleh menakutkan madcu ialah dengan bersikap kasar atau keras sama ada dalam peracakapan mahupun tingkah laku. Sekiranya seseorang daci berwatak keras atau bertingkah laku kasar ia akan menyebabkan madcu tidak selesa untuk berdamping dengannya atau merasa benci dengan daci serta menakutkan madcu dan menyebabkan mereka melarikan diri. Firman Allah SWT:


فَبِمَا رَحۡمَةٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡ‌ۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَ‌ۖ فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ (١٥٩)
Maksudnya:
“Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu…”


Sabda Rasulullah SAW:
وبشرواولا تنفروا
Maksudnya:
“Berilah khabar yang gembira dan janganlah meliar-liarkan (menyebabkan mereka lari)”
6) Bergaul

Daci perlu bergaul dengan orang yang ditemui, dan tidak mengasingkan diri. Menurut Dr Abd Karim Zaidan bergaul merupakan muqaddimah kepada dakwah. Bergaul dengan orang yang ditemui akan menyebabkan madcu tidak merasa asing atau tersisih dan akan menghilangkan perasaan malu atau jurang perbezaan dengan daci. Pergaulan ini seterusnya akan mewujudkan hubungan silatur rahim di kalangan daci dengan madcu. Sekiranya daci bersikap mengasingkan diri atau tidak mudah bergaul akan menyebabkan madcu juga tidak ingin dihampiri dan akan menyebabkan penyampaian dakwah tidak dapat berjalan dengan baik. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 220;

وَإِن تُخَالِطُوهُمۡ فَإِخۡوَٲنُكُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ ٱلۡمُفۡسِدَ مِنَ ٱلۡمُصۡلِحِ‌ۚ

Maksudnya:
“..Dan jika kamu menggauli mereka, maka mereka adalah saudaramu dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang mengadakan perbaikan.”

Walau bagaimanapun dalam bergaul bersama mereka, para daci perlu bijak meletakkan diri mereka agar tidak tersasar dari jalan dakwah yang sebenar. Para daci perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik dan menjaga adab-adab bergaulan yang disarankan di dalam Islam.

4. PENUTUP

Komunikasi adalah perkara yang sangat penting dalam tujuan berdakwah. Penyampaian komunikasi dakwah yang berkesan dapat menyampaikan ajaran Islam yang sahih dengan cara yang boleh diterima dengan baik oleh semua manusia. Justeru kajian-kajian yang berkaitan dengan komunikasi yang berkesan perlu dipelajari oleh daci agar penyampaian dakwah mereka dapat disampaikan dengan cara yang berkesan dan boleh diterima baik oleh madcu.

Di samping itu, berkomunikasi dalam sesuatu pertemuan merupakan perkara yang perlu diambil perhatian oleh daci. Sekiranya adab-adab pertemuan dipelihara dengan baik ia secara lansung akan menjadi satu method dakwah lisan al-hal kepada manusia yang ditemuinya. Para daci ibarat duta yang memainkan peranan untuk menambat hati para madcu untuk menerima Islam yang sebenar. Justeru kemahiran berkomunikasi dengan baik ketika bertemu sangat penting dimiliki oleh para daci dalam menyampaikan dakwah Islam.


RUJUKAN


Ab. Aziz Mohd. Zin. 1999. Pengantar Dakwah Islamiah. Universiti Malaya: Kuala Lumpur

cAbd al-Karim Zaidan. 1982. Usul al-Dac wah, Cet 2. Salman al-Ac zami: Baghdad.

Dr. Mohd Yusof Hussain. 1990. Peranan Media Massa Dan Teknologi Komunikasi Dalam Gerakan Dakwah.

Hamzah Ya’kob, 1981. Publisistik Islam: Teknik Dakwah Dan Leadership. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Noreldeen Salah Gaberallah. 2009. Dakwah Islamiah dan Hubungannya Dengan Ilmu Psikologi: Kajian Berdasarkan Dakwah Para Nabi Dan Para Pendakwah Terdahulu. Tesis Dr. falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi.

Samsudin Abd. Rahim, 1993. Komunikasi Asas. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Syed Abdul Rahman, 2004. Teknik Komunikasi Dalam Organisasi. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

T.A Latiff Rousydiy, 1985. Dasar-dasar Rethorica, Komunikasi Dan Informasi. Bulan Bintang: Jakarta.

Toha Yahya Umar, 1967. Ilmu Dakwah.

Zulkiple Abd. Ghani, 2003. Islam, Komunikasi Dan Teknologi Maklumat. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur.