Thursday, April 15, 2010

KONSEP NEGARA ISLAM

PENDAHULUAN

Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam
perkara Fardu Kifayah.

DEFINISI NEGARA ISLAM

Setelah dikaji dan diteliti, Al-Quran mahupun Hadis tidak menyentuh mengenai Negara Islam secara spesifik akan penggunaannya. oleh itu, terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh para ilmuwan Islam mengenai istilah Negara Islam.

Menurut Abu Ala al-Maududi yang merupakan tokoh yang bergiat aktif dalam kebangkitan Islam selepas tahun 1924 melalui penulisan-penulisannya, beliau mentakrifkan Negara Islam sebagai negara yang kuasa mutlaknya terletak pada Allah s.w.t yang menentukan syariat dan syariat tersebut hanya dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Di sini jelaslah bahawa sebuah negara Islam berkongsi kuasa pemerintahannya bersama dengan Allah s.w.t yang mana autoriti mutlaknya kepada Allah s.w.t dan manusia diberikan autoriti yang terbatas dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui syarak.

Menurut Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini, negara Islam merupakan negara berpelembagaan yang ditentukan dan ditafsirkan oleh parlimen. Adapun begitu, perundanganya terikat pada al-Quran dan Hadis.

Adapun Abu Zahrah, beliau membawa pandangan ulama terkenal terlebih dahulu untu menentukan definisi sesebuah negara Islam. Beliau telah membezakan antara pendapat Imam Abu Hanifa dan Abu Yusuf. Menurut Imam Abu Hanifah, untuk menentukan sama ada negra tersebut sebuah negara Islam atau tidak lihat kepada masyarakat yang tinggal dalam negara tersebut, jika terdapat majoriti orang muslim serta golongan dhimmi walaupun nagara tersebut tidak mengamalkan undang-undang Islam maka negara tersebut boleh dikategorikan sebagai sebauah negara Islam. Manakala menurut Abu Yusuf, beliau berpandangn bahawa negara Islam merupakan sebuah negara yang meletakkan syariah sebagai asas utama penetapan undang-undang negara jika tidak ia bukanlah negara Islam. Secara kessimpulannya, Abu Zahrah berpendapat bahawa pendapat Abu Hanifah lebih realistik dan sesuai pada masa kini dan akan datang, akan tetapi beliau mengharap supaya undang-undang Islam yang bersumberkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias dapat dilaksanakan.

KEPERLUAN NEGARA ISLAM

Setelah dijelaskan definisi negara Islam, cuba kita telusuri apakah antara keperluan yang diperlukan oleh sebuah negara Islam.

1) Ketua Negara Islam

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud negara ialah suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Jelaslah di sini, sebuah negara Islam memerlukan pemimpin. Allah s.w.t telah mengiktiraf kepimpinan manusia sebagai satu amanah di atas muka bumi. Pemimpin Negara Islam dipanggil dengan berbagai gelaran seperti Khalifah Amir al- Mu’minin dan Imam. seperti firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 30;

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ

Maksudnya:-
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. "

Keperluan kepada Ketua Negara Islam adalah suatu yang tidak dapat dinafikan dan ia merupakan satu tuntutan hukum yang mesti dilaksanakan oleh umat terhadap pemilihannya. Secara umumnya syarat yang perlu ada pada seorang Ketua Negara Islam ialah berakal, baligh, lelaki, Islam, merdeka, adil serta mempunyai ilmu siasah syariyyah.

2) Prinsip-prisip Negara Islam

Seperti yang telah dipelajari dari sejarah pemerintahan Rasulullah s.a.w sehinggalah zaman Khulafa al-Rashidin dapatlah disimpulkan bahawa Negara Islam ditegakkan di atas empat prinsip asas yang penting iaitu:-

a) Menyeru Manusia Kepada Kesaan Allah s.w.t

Undang-undang Islam ialah undang-undang Allah s.w.t yang cuma dilaksanakan dan direalisasikan oleh manusia. oleh itu tiada siapa yang berhak untuk menukar mahupun mengubahnya. jika diteliti dengan sedalam-dalamnya sudah tentu manusia dapat melihat kewujudan kemaslahatan yang sangat besar kepada manusia seluruhnya. Sebagai contoh dalam masalah kecurian, hukuman yang ditetapkan ialah hukuman potong tangan seperti yang disebut oleh Allah s.w.t di dalam surah al-Maidah ayat 38:

وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقۡطَعُوٓاْ أَيۡدِيَهُمَا جَزَآءَۢ بِمَا كَسَبَا نَكَـٰلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

Maksudnya:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Jika diperhatikan akan tujuan hukuman ini, sudah tentu ia memberi kemaslahatan yang besar kepada manusia seluruhnya iaitu sudah tentu manusia lain akan mengambil iktibar dari hukuman tersebut. Akan tetapi perlulah diingatkan bahawa hukuman yang ditetapkan oleh Allah s.w.t mempunyai syarat dan nisbah tertentu sebelum dijatuhkan hukuman.

b) Prinsip Keadilan

Adil dari sudut istilah bahasa Arab yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempat yang betul. Semenjak zaman pemerintahan rasulullah s.a.w lagi, baginda sentiasa bersikap adil pada orang Muslim mahupun Non-Muslim contohnya peruntukan yang tedapat pada Piagam Madinah, menjelaskan bagaimana baginda menyusun undang-undang selari dengan kehendak masyarakat Muslim dan Non-Muslim pada masa itu dalam menjaga kebajikan mereka bersama. Seperti Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nahl ayat 90:

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ وَإِيتَآىِٕ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَيَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنڪَرِ وَٱلۡبَغۡىِ‌ۚ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّڪُمۡ تَذَكَّرُون

Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya."

c) Prinsip Syura

Prinsip syura merupakan satu sistem daripada Allah s.w.t untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan umat manusia. Seperti firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat 159:

فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِى ٱلۡأَمۡرِ‌ۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ

Maksudnya:
"dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

d) Kebebasan

Kebebasan merupakan sifat yang dikehendaki oleh setiap individu. Oleh iti kita dapati kebanyakkan perundangan negara mengamalkan sistem demokrasi memperuntukkan jaminan hak kebebasan individu dan masyarakat di mana rakyat bebas beragama, bersura dan memberi pendapat selagi mana tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh perundangan. Seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Mulk ayat 15:

هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولاً۬ فَٱمۡشُواْ فِى مَنَاكِبِہَا وَكُلُواْ مِن رِّزۡقِهِۦ‌ۖ وَإِلَيۡهِ ٱلنُّشُورُ

Maksudnya:
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."

Perlulah diingatkan kebebasan yang diberikan mempunyai had-had tertentu iaitu selagi tidak melanggar batasan syarak dan tidak menyebabkan kemudharatan kepada pihak lain. Kebebsab yang diberikan hendaklah berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

e) Persamaan

Semenjak dari permulaan kedatangan Islam, prinsip persamaan ini ditonjolkan dan dipratikkan di kalangan umat Islam ketika itu. Rasulullah s.a.w telah cuba menangkis perasaan perkauman yang wujud disebabkan oleh perbezaan warna kulit, baangsa, pangkat dan sebagainya. Baginda telah mendidik jiwa dan hati umat Islam ketika itu supaya tunduk dan patuh hanya kepada peraturan Allah s.w.t sahaja sehingga membawa kepada kesatuaan ummah yang utuh dan kukuh tanpa mengira suku kaum dan nilai-nilai kebendaan. Seperti firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat 103:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

Maksudnya:
" Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya"

Perlulah diingat yang membezakan sesama manusia adalah ketakwaan dan tahap keimanannya kepada Allah s.w.t.

PENUTUP

Setelah dibincangkan mengenai konsep Negara Islam dapatlah disimpulkan di sini bahawasanya menjadikan sesebuah negara itu Negara Islam merupakan kewajipan kepada setiap rakyat dan pemimpin. Untuk menjadikan sesebuah negara itu Negara Islam pemimpin Islam perlulah mempunyai kesedaran terhadap syariah Islam dan beistiqamah dan beriltizam menjadikan perundangan Islam sebagai sumber perudangan tertinggi kerajaan.

No comments:

Post a Comment